foto di labuan

July 9, 2007 by ina8

slide47.jpgslide48.jpgslide11.jpgslide11.jpgslide11.jpgslide46.jpgslide41.jpgsejenak di labuan

jalan-jalan pergi labuan…

July 9, 2007 by ina8

assalamualaikum…

lama sungguh dah tak update blog ni. berhabuk sungguh! fuh! fuh!… pada 25/06/07 hingga 28/06/07 aku pergi ke labuan kerana ada pertandingan puisi dan lagu peringkat kebangsaan. yang pergi ialah aku, idham (adik), faliq, zlwin aka pinko, andy dan rafi. guru yang pergi pula ialah cikgu rodzi, cikgu siti rahmah, pn.noormala (pengetua). en sapuan pun turut serta iaitu pegawai ppd.

25/06/07 – perjalanan ke klia betul2 haru-biru apabila kereta ku buat hal. last2 aku tumpang kete ibu (mak angkat). sampai di klia tepat jam 7.30 pagi. pergh!!! nasib baik sempat sampai..kalau tak, alamat tertinggal kapal terbang la jawabnya. kapal terbang pagi itu berlepas tepat jam 9.00 pagi. sampai di labuan tepat jam 11.30 pagi. adoi…naik kematu punggung duduk lama2. kami menginap di hotel Beta. tiada aktiviti dilakukan pada hari itu.

26/06/07 – sesi penyesuaian pentas dilakukan. malam akan diadakan pertandingan puisi dan lagu peringkat kebangsaan. walaupun tak menang, tapi aku tetap bersyukur sebab aku yakin kami semua dah buat persembahan yang terbaik. terengganu menjuarai pertandingan tersebut. tahniah ye..

27/06/07 – hari itu aktiviti berjalan-jalan ke tempat-tempat menarik di sekitar labuan..yang aku ingat kami pergi chimney, muzium labuan, muzium marin, taman burung, smk pantai dan kg air patau-patau 1. kami semua diajar cara untuk membuat ambuyat iaitu makanan tradisional masyarakat di sana.

pada sebelah malam pula diadakan majlis makan malam negeri…aku seronok menonton acara kebudayaan mereka.

28/06/07 – hari terakhir berada di labuan. tiada sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan. aku dan kotinjen selangor yang lain pergi beli belah…pokai juga le..hehe. pukul 5.20 kami semua dah terbang pulang ke klia. penatnye…

balik je terus tido! hehe

penyakit aku…

March 10, 2007 by ina8

huhu…satu yang telah terjadi sewaktu aku sedang mengadakan persembahan tarian zapin semalam…iaitu penyakit tak boleh senyum. sungguh bermasalah…

bersalahkah aku?

February 24, 2007 by ina8

dalam sejarah…buat pertama kali aku melakukan sesuatu di luar jangkaan terhadap seseorang yang bergelar guru. tapi itu adalah satu tindakan spontan yang sememangnya di luar jangkaan. akibat terlalu geram aku melepaskan amarah dengan MENGETUK tangan guruku dengan kotak limau. hahaha…ye, itulah yang berlaku. dia tidak marah kerana dia tahu itu silap dia dengan mengatakan ’sesuatu’ perkara yang entah apa-apa.

 wahai guru….walaupun kotak limau itu melayang di kepalamu namun aku tetap menyanjungmu ;)

sape tuh!?

February 22, 2007 by ina8

sape tuh!? inilah aku. sentiasa bersyukur dengan apa yang diberi. (hahaha…iye ka?)

kegeramanku dengan budak boboy!

February 22, 2007 by ina8

seumur hidupku,tak pernah aku dipermainkan oleh seorang budak yang baru saja tingkatan 1. geram sungguh! boboy…nasib baiklah akak ni penyabar. anak seorang exco kerajaan pahang konon. piiiirrrraaaahhhh!

penat yang bersambungan…

February 19, 2007 by ina8

mak aih! penatnya. malam ini ada kenduri di rumah pak ngah. nampaknya minggu ini aku tidak berpeluang untuk merehatkan diri tambahan pula aku perlu menghadiri kelas tarian zapin.

 apa lagi yang perlu ditulis ya? hm…

taktau la nak tulis apa…papai..;)

baru balik dari kepenatan yang berpanjangan

February 18, 2007 by ina8

sepetang di pinggir bukit, anak dagang di perantauan…la~la~la~…penatnya. aku baru saja pulang dari majlis persandingan kakak rama sepupu ku. zarimah zakaria dan khairul syafarizal selamat diijab kabul tepat jam 10 p.m… aku pun tak kurang penatnya. al-maklumlah,menjadi pengapit…huhuhu. esok pula ada majlis kesyukuran tanda kami sekeluarga bersyukur kerana majlis yang diadakan telah selamat dan berjalan dengan lancar.

p/s : ada masa nanti aku akan upload gamba perkahwinan mereka di ’sini’.

sudah penat. idea untuk menulis nampaknya tidak ada. minta diri dulu ya…selamat malam…zZzZzZzzzzzZZ……

aku dan kesibukan yang melanda

February 15, 2007 by ina8

assalamualaikum pembuka bicara…

bulan ni aku sibuk sangat. disaat-saat genting menghadapi ujian bulanan pertama yang telah berlangsung selama 2 hari, aku masih sempat menjalani latihan sukan. sungguh memenatkan disamping aku perlu menjalani kelas tarian zapin pada setiap hujung minggu. tapi aku masih gembira dengan aktiviti yang aku lakukan ini kerana memang ini yang aku inginkan. apabila kita sudah berkerjaya kelak, mana mungkin kita dapat meluangkan masa untuk melakukan perkara yang kita suka. pada ketika itu, apa yang tefikir di kepala adalah memberi komitmen terhadap kerjaya yang kita ceburi…

selagi aku punya waktu, walau kesibukan melanda aku akan tetap melakukan aktiviti-aktiviti yang aku suka…

my 1st update…

February 15, 2007 by ina8

dalam kehidupan ini yang terindah melalui usia remaja…tapi tak semestinya kehidupan ketika usia remaja itu sentiasa indah…selagi kita pandai jaga maruah sebagai seorang perempuan terutamanya, hidup kita pasti sentiasa akan tenang. ketika usia remajalah kita perlu manfaatkan sebaiknya…cari masa depan yang lebih baik dan cuba capai cita-cita yang kita impikan. tapi kalau tak tercapai tak bermakna kehidupan dan masa depan kita akan berakhir…