assalamualaikum pembuka bicara…
bulan ni aku sibuk sangat. disaat-saat genting menghadapi ujian bulanan pertama yang telah berlangsung selama 2 hari, aku masih sempat menjalani latihan sukan. sungguh memenatkan disamping aku perlu menjalani kelas tarian zapin pada setiap hujung minggu. tapi aku masih gembira dengan aktiviti yang aku lakukan ini kerana memang ini yang aku inginkan. apabila kita sudah berkerjaya kelak, mana mungkin kita dapat meluangkan masa untuk melakukan perkara yang kita suka. pada ketika itu, apa yang tefikir di kepala adalah memberi komitmen terhadap kerjaya yang kita ceburi…
selagi aku punya waktu, walau kesibukan melanda aku akan tetap melakukan aktiviti-aktiviti yang aku suka…