Archive for July, 2007

foto di labuan

July 9, 2007

slide47.jpgslide48.jpgslide11.jpgslide11.jpgslide11.jpgslide46.jpgslide41.jpgsejenak di labuan

jalan-jalan pergi labuan…

July 9, 2007

assalamualaikum…

lama sungguh dah tak update blog ni. berhabuk sungguh! fuh! fuh!… pada 25/06/07 hingga 28/06/07 aku pergi ke labuan kerana ada pertandingan puisi dan lagu peringkat kebangsaan. yang pergi ialah aku, idham (adik), faliq, zlwin aka pinko, andy dan rafi. guru yang pergi pula ialah cikgu rodzi, cikgu siti rahmah, pn.noormala (pengetua). en sapuan pun turut serta iaitu pegawai ppd.

25/06/07 – perjalanan ke klia betul2 haru-biru apabila kereta ku buat hal. last2 aku tumpang kete ibu (mak angkat). sampai di klia tepat jam 7.30 pagi. pergh!!! nasib baik sempat sampai..kalau tak, alamat tertinggal kapal terbang la jawabnya. kapal terbang pagi itu berlepas tepat jam 9.00 pagi. sampai di labuan tepat jam 11.30 pagi. adoi…naik kematu punggung duduk lama2. kami menginap di hotel Beta. tiada aktiviti dilakukan pada hari itu.

26/06/07 – sesi penyesuaian pentas dilakukan. malam akan diadakan pertandingan puisi dan lagu peringkat kebangsaan. walaupun tak menang, tapi aku tetap bersyukur sebab aku yakin kami semua dah buat persembahan yang terbaik. terengganu menjuarai pertandingan tersebut. tahniah ye..

27/06/07 – hari itu aktiviti berjalan-jalan ke tempat-tempat menarik di sekitar labuan..yang aku ingat kami pergi chimney, muzium labuan, muzium marin, taman burung, smk pantai dan kg air patau-patau 1. kami semua diajar cara untuk membuat ambuyat iaitu makanan tradisional masyarakat di sana.

pada sebelah malam pula diadakan majlis makan malam negeri…aku seronok menonton acara kebudayaan mereka.

28/06/07 – hari terakhir berada di labuan. tiada sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan. aku dan kotinjen selangor yang lain pergi beli belah…pokai juga le..hehe. pukul 5.20 kami semua dah terbang pulang ke klia. penatnye…

balik je terus tido! hehe